TOP ACE BADMINTON
Batu 9-1/2, Jalan Tuaran Menggatal,, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Monday to Sunday: 08:00am-11:00pm
Tel: 012-843 0719

TERMA DAN SYARAT PENYEWAAN

  1. Semua penyewa mesti membayar sewa sepenuhnya sebelum menggunakan gelanggang badminton Top Ace Badminton.

  2. Semua pemain atau penyewa mesti membuat tempahan dan pembayaran Gelanggang Badminton melalui aplikasi GoNet.

  3. Semua pemain atau penyewa tidak dibenarkan menukar gelanggang, masa atau tarikh dan dilarang menyewa semula gelanggan yang di tempah kepada pengguna lain.

  4. Pihak TABC tidak akan memberi sebarang bayaran balik untuk pembatalan tempahan.  

  5. Sebarang tempahan yang dibuat melalui aplikasi GoNet tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial atau acara.

  6. Jika didapati sebarang pelanggaran peraturan syarat ini, pihak kami berhak untuk menyekat dan membatalkan semua tempahan tanpa bayaran balik.

  7. Semua pemain atau penyewa hendaklah menjaga semua peralatan di gelanggang badminton TABC dengan baik, sekiranya didapati sebarang kerosakkan, pemain/penyewa hendaklah membayar ganti rugi mengikut jumlah harga kerosakkan.

  8. Semua pemain atau penyewa hendaklah menjaga kebersihan di dalam dewan gelanggang.
  9. Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik semasa permainan, pihak TABC tidak akan bertanggungjawab untuk membuat penggantian atau “refund”.

  10. Setiap pemain wajib memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan daripada kerosakkan lantai gelanggang, sekiranya didapati sebarang kerosakkan, pemain/penyewa hendaklah membayar ganti rugi mengikut jumlah harga kerosakkan.

  11. Pihak TABC mempunyai hak untuk membatalkan sebarang tempahan sekiranya diperlukan.

  12. Pihak TABC tidak mempunyai perlindungan insurans yang meliputi keselamatan pemain. Jika berlaku sebarang kemalangan pihak TABC tidak akan bertanggungjawab.

  13. Pemain yang menyewa gelanggang badminton mesti membawa resit tempahan yang sah untuk ditunjukkan kepada kakitangan ketika meminta pengesahan, jika tidak mereka mungkin diarah meninggalkan gelanggang.

  14. Sekiranya perlu, pihak TABC berhak membuat perubahan dalam terma dan syarat ini pada masa ke semasa.

Pengurusan
Top Ace Badminton
1hb May 2024