Terma & Syarat

Syarat-syarat tempahan kemudahan di semua Kompleks Sukan Sabah melalui aplikasi GoNet

  1. Pihak Pengurusan Lembaga Sukan Sabah berhak untuk membatalkan mana-mana tempahan sekiranya diperlukan.

  2. Penguna hanya dibenarkan memohon pembatalan dengan syarat berikut:
  • bagi tempahan majlis/acara sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh penggunaan; manakala
  • bagi tempahan kemudahan sukan (menggunakan slot sahaja) adalah 48 Jam sebelum masa penggunaan dalam keadaan bencana alam; dan
  • bagi tempahan kemudahan sukan (tanpa bumbung sahaja) yang mengalami bencana alam seperti banjir/hujan atau sebagainya mesti memohon pada tarikh penggunaan yang sama
  • manakala pembatalan bagi pembelian tiket seperti golf, renang, gym dan aerobik adalah tidak dibenarkan.
  1. Pengguna tidak dibenarkan sama sekali membuat pembatalan, pertukaran tempat (Kompleks Sukan), kemudahan, gelanggang, tarikh dan masa tempahan.

  2. Pengguna masih tertakluk dalam Terma dan Syarat yang sedia ada.

  3. Pengguna yang menempah kemudahan sukan tidak dibenarkan sama sekali mengadakan acara, majlis, kejohanan dan lain-lain di kawasan kemudahan sukan yang ditempah melalui aplikasi GoNet. Sekiranya perkara ini berlaku, pihak kami berhak mengenakan cas tertentu. Sila berurusan di pejabat pengurusan jika ingin menganjurkan sesuatu acara, majlis, kejohanan dan lain-lain.
  1. Pengguna yang menempah secara bersurat perlu menjelaskan pembayaran 48 jam sebelum tarikh penggunaan/acara berlangsung. Tempahan akan terbatal dengan serta merta dan kemudahan sukan akan dibuka didalam aplikasi GoNet sekira tiada pembayaran yang dilakukan dalam tempoh masa tersebut.

  2. Setiap kemudahan sukan yang terletak diluar bangunan atau yang tidak berbumbung akan ditutup dengan serta merta sekiranya berlaku hujan dan penggunaan kemudahan tersebut hanya dibenarkan setelah hujan berhenti. Bagi tempahan yang terjejas dengan keadaan tersebut, pengguna bolehlah maklumkan kepada pihak pengurusan untuk menukar kepada tarikh tempahan yang baru.

  3. Trek Balapan dan Grandstand adalah tidak termasuk dalam tempahan kemudahan Bola Sepak dan pengguna akan dikenakan cas untuk kemudahan tersebut. Penggunaan padang bola sepak dan trek balapan oleh pengguna yang berasingan pada masa yang sama adalah dibenarkan.
Daripada:
Pengurusan
Lembaga Sukan Sabahalam

Talian Berhubung:

Pengurusan
Kota Kinabalu          
Penampang             
Sandakan                
Tawau                       
Lahad Datu              
Keningau                 
Tambunan               
Tenom                       
Nabawan                  
Sipitang                    
Beaufort                    
Kota Belud               
Kudat                        
Ranau                       
Beluran

Tel: 088-253551
Tel: 088-232166
 HP: 016-8016063 
Tel: 089-665448
Tel: 089-752820
Tel: 089-868772
Tel: 087-337807
Tel: 087-773014
Tel: 087-735625
Tel: 087-366235
Tel: 019-5391600
Tel: 087-223662
HP: 012-8025905
Tel: 088-611141
Tel: 088-877611
HP: 012-8623035

Waktu Urusan Pejabat:
8:00 Pagi – 5 Petang (Isnin – Jumaat)
Sabtu I Ahad I Cuti Umum: TUTUP

T&S 07