Terma & Syarat

POLISI PENGGUNAAN DAN PENYEWAAN KEMUDAHAN SUKAN DI KOMPLEKS SUKAN TUN ADNAN, YAYASAN SABAH

  1. Pihak Pengurusan berhak untuk membatalkan mana-mana tempahan pada bila-bila masa atas sebab keselamatan, keadaan di luar kawalan, atau keperluan penyelenggaraan fasiliti. Keadaan tersebut termasuk apabila terdapat kebocoran air hujan ke dalam gelanggang, kerosakan lampu, gangguan bekalan elektrik, atau keperluan penyelenggaraan mendesak. BAYARAN PENUH AKAN DIKEMBALIKAN kepada pelanggan bagi tempahan yang dibatalkan atas sebab-sebab tersebut.

  2. Bagi tujuan pembatalan penempahan sama ada pertukaran jenis kemudahan sukan, masa dan hari ataupun sebarang alasan lain WANG TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

  3. Semua urusan tempahan dan pembayaran bagi penggunaan fasiliti sukan di Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah hendaklah dilakukan secara eksklusif melalui aplikasi rasmi GoNet. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store (peranti Android) atau Apple App Store (peranti iOS).

  4. Penganjuran acara sukan berskala besar (dari institusi pendidikan, kerajaan atau korporat) dikehendaki berurusan terus dengan Pihak Pengurusan Innoprise Capital Sdn Bhd bagi tujuan tempahan fasiliti. Tempahan awal haruslah dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum acara sebenar. Proses rasmi melibatkan permohonan bertulis, pengesahan ketersediaan gelanggang, sebut harga dan pelaksanaan pembayaran mengikut terma yang dipersetujui. Sebarang tempahan adalah sah tertakluk kepada ketersediaan fasiliti pada tarikh berkenaan.

  5. Fasiliti di Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah adalah untuk aktiviti sukan atau rekreasi sahaja. Dilarang menggunakannya bagi tujuan komersial, acara lain, atau menyewakannya semula tanpa kebenaran bertulis kepada Pengurusan. Pelanggaran akan mengakibatkan pembatalan tempahan tanpa sebarang bayaran balik dan tindakan sekatan menggunakan fasiliti.

  6. Pengunjung yang menjalankan aktiviti rekreasi di kompleks ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. PIHAK PENGURUSAN TIDAK MENYEDIAKAN INSURANS DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG BENTUK KEHILANGAN, KEROSAKAN HARTA BENDA TERMASUKLAH KEMALANGAN.

  7. LARANGAN MEROKOK dan penggunaan VAPE ELEKTRONIK di dalam kawasan Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah. Semua pengunjung diwajibkan untuk mematuhi peraturan ini serta menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran kompleks. Kerjasama anda amat dihargai.

  8. Pengguna masih tertakluk dalam Terma dan Syarat sedia ada.

Daripada:
Pengurus Besar
Innoprise Capital Sdn Bhd

Sila hubungi:
Telefon: 011 1410 6530 (Whatsapp)
E-mel: [email protected]

Pejabat Sukan
Hari: Isnin hingga Jumaat
Waktu: 8:00 pagi – 4:00 petang
Nota: Tutup pada Sabtu/Ahad/Cuti Umum.

Kaunter Futsal Arena 1, Yayasan Sabah

Hari: Isnin – Jumaat
Waktu: 4:00 petang – 11:00 malam
Hari: Sabtu/Ahad & Cuti Umum
Waktu: 8:00 pagi – 11:00 malam

 

Dikemaskini pada 16/12/2025