- Tempahan & Bayaran
- Semua tempahan gelanggang mestilah dibuat melalui aplikasi GoNet.
- Semua penyewa/pemain mesti membuat bayaran penuh sebelum penggunaan.
- Penyewa/pemain tidak dibenarkan menukar gelanggang, masa atau tarikh selepas tempahan dibuat.
- Resit/tempahan sah mesti ditunjukkan kepada kakitangan FCC jika diminta.
- Polisi Pembatalan & Bayaran Balik
- Semua tempahan adalah muktamad dan tidak akan diberi sebarang bayaran balik atau penggantian atas apa-apa alasan termasuk tetapi tidak terhad kepada:
i. Pembatalan oleh penyewa/pemain;
ii. Gangguan bekalan elektrik;
iii. Cuaca buruk atau bencana alam;
iv.Tidak hadir pada masa tempahan.
- Peraturan Penggunaan
- Semua pemain wajib memakai kasut sukan yang sesuai untuk mengelakkan kerosakan lantai gelanggang.
- Semua penyewa/pemain wajib menjaga kebersihan dan membuang sampah ke dalam tong yang disediakan.
- Semua fasiliti hanya untuk tujuan sukan dan rekreasi. Dilarang sama sekali menggunakannya untuk tujuan komersial, acara tanpa kebenaran, atau menyewa semula kepada pihak ketiga.
- Merokok, minum minuman keras, dan membawa haiwan peliharaan ke dalam kawasan FCC adalah dilarang sama sekali.
- Keselamatan & Tanggungjawab
- Penyewa/pemain hendaklah menjaga semua peralatan dan fasiliti FCC dengan baik. Sebarang kerosakan hendaklah diganti rugi mengikut kos sebenar.
- FCC tidak menyediakan sebarang perlindungan insurans. Semua penyewa/pemain menggunakan fasiliti atas risiko sendiri.
- FCC tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan atau kerosakan harta benda semasa berada di kawasan FCC.
- Hak Pihak FCC
- Pihak FCC berhak untuk membatalkan atau menolak mana-mana tempahan jika perlu atas sebab penyelenggaraan, keselamatan, atau acara khas, bayaran balik akan diberikan.
- FCC berhak membuat pindaan kepada Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Pengurusan
FANTASI COMMUNITY CENTRE (FCC)
Shern En Methodist Church
15hb Ogos 2025