TERMA DAN SYARAT PENYEWAAN

1. Bayaran Sewa Bulanan
Semua penyewa bulanan wajib membayar sewa sepenuhnya sebelum menggunakan gelanggang badminton MSC.

2. Tempahan Melalui Aplikasi GoNet
Semua pemain atau penyewa mesti membuat tempahan dan pembayaran gelanggang badminton melalui aplikasi GoNet.

3. Larangan Pertukaran & Penyewaan Semula
Tempahan yang telah dibuat tidak boleh ditukar gelanggang, masa atau tarikh, dan tidak dibenarkan disewakan semula kepada pihak lain.

4. Penggunaan Bukan Komersial
Tempahan melalui aplikasi GoNet adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Ia tidak boleh digunakan bagi tujuan komersial atau acara. Sebarang pelanggaran akan menyebabkan pihak MSC berhak membatalkan tempahan tanpa bayaran balik.

5. Penjagaan Peralatan
Semua pemain atau penyewa hendaklah menjaga peralatan gelanggang dengan baik. Sebarang kerosakan yang berlaku akan dikenakan bayaran ganti rugi mengikut nilai kerosakan.

6. Kebersihan Dewan
Semua pemain atau penyewa bertanggungjawab menjaga kebersihan di dalam dewan gelanggang.

7. Gangguan Bekalan Elektrik
Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik semasa permainan, pihak MSC tidak bertanggungjawab untuk membuat penggantian atau bayaran balik.

8. Kasut Sesuai
Setiap pemain wajib memakai kasut yang sesuai bagi mengelakkan kerosakan lantai gelanggang. Jika berlaku kerosakan, bayaran ganti rugi akan dikenakan.

9. Hak Pembatalan Tempahan
Pihak MSC berhak membatalkan sebarang tempahan sekiranya perlu.

10. Resit Rasmi
Semua penyewa mesti mendapatkan resit rasmi MSC yang sah. Pihak MSC tidak menerima sebarang pembatalan atau bayaran balik bagi tempahan yang telah dibuat.

11. Tiada Perlindungan Insurans
Pihak MSC tidak menyediakan perlindungan insurans bagi keselamatan pemain. Sekiranya berlaku kemalangan, pihak MSC tidak akan bertanggungjawab.

12. Resit Tempahan Sah
Pemain yang menyewa gelanggang mesti membawa resit tempahan sah untuk pengesahan oleh kakitangan MSC. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pemain diarahkan meninggalkan gelanggang.

13. Perubahan Terma & Syarat
Pihak MSC berhak membuat perubahan terhadap terma dan syarat ini dari semasa ke semasa.

Pengurusan
Mahandoi Sports Centre
5hb August 2026