Polisi penggunaan dan penyewaan fasiliti awam milikan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui aplikasi GoNet seperti berikut:

  1. Pihak DBKK berhak untuk membatalkan mana-mana tempahan sekiranya diperlukan atau penggunaan yang dianggap bertentangan dengan syarat serta dipercayai jika diteruskan boleh menimbulkan kemudaratan, ketidakselesaan dan kacau ganggu kepada orang awam.
  1. Semua wang pembayaran tidak akan dikembalikan bagi tujuan pembatalan penempahan, pertukaran tempat lokasi, tarikh dan masa tempahan.

  2. Penggunaan fasiliti adalah tertakluk kepada aktiviti yang dibenarkan seperti Majlis Ilmu, Seminar, Majlis Perkahwinan dan berunsur kekeluargaan, Acara Rumah Terbuka, Acara Sukan berkaitan sebagai contoh badminton, bola keranjang, takraw, tinju, bola lantai dan sukan-sukan indoor yang bersesuaian, Pasar Ria / Garage Sale, Pameran berkaitan (tidak ada elemen yang boleh dianggap tidak bermoral), Majlis Kebudayaan, Pameran dan promosi barangan dan mana-mana aktiviti yang tidak tersenarai haruslah mendapatkan kebenaran Mayor Bandaraya terlebih dahulu.
  1. Mana-mana Fasiliti Awam tidak boleh digunakan untuk tujuan Ceramah Politik dan Ceramah Agama.
  1. Penempah DILARANG sama sekali merokok, membawa haiwan dan minuman keras masuk ke dalam premis dewan.
  1. Penempah DILARANG untuk memaku / melekat / menebuk lubang dan lain-lain yang boleh mengakibatkan kerosakan dinding atau lantai dewan.
  1. Penempah hendaklah memastikan keadaan kawasan dewan/padang sentiasa kemas dan bersih samada semasa atau selepas latihan dijalankan.
  1. Penempah masih tertakluk dalam Terma dan Syarat yang sedia ada.

Daripada:
Pengurusan
Jabatan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Talian berhubung:

Dewan Masyarakat Kota Kinabalu
– 0146916552 (Margina)
– 0128177451 (Yahya)

Dewan Serbaguna Damai
– 01125587621 (Pilidis)

Dewan Serbaguna Luyang
– 0168525759 (Silon)
– 01136966015 (Firdyleexs)

Dewan Serbaguna Cenderakasih
– 0168525759 (Silon)

Dewan Serbaguna Likas
– 0178348615 (Harvey)
– 0168115614 (Burhan)

Balairaya Muhibbah Taman Antarabangsa
– 01151820197 (Asma)

Dewan Muhibah Sembulan
– 0109383845 (Suzie)
– 0138084624 (Damit)

Dewan Taman Sempelang          
– 0145550899 (Danar)
– 0178384601 (Ramzee)

Dewan Serbaguna Sri Kepayan
– 0145550899 (Danar)

Dewan Serbaguna Kingfisher
– 0175503758 (Norzaini)
– 0146445506 (Azhar)

Dewan Masyarakat Manggatal
– 01153302057 (Jhon)
– 0105460178 (Siah)                      

Waktu Urusan Pejabat:
Tel: 088-244000 (CPS)      
8:00 Pagi – 5 Petang (Isnin – Jumaat)
Sabtu I Ahad I Cuti Umum: TUTUP