1. Semua penumpang wajib membeli tiket fi jeti sebelum menaiki bot. Pihak Pengurusan berhak menolak kemasukan mana-mana penumpang yang gagal mengemukakan tiket yang sah.

2. Semua tempahan dan pembayaran tiket hendaklah dibuat melalui aplikasi GoNet.

3. Tiket yang telah dibeli adalah tidak boleh dibatalkan, tidak boleh dipulangkan, tidak boleh dipindah milik (tukar nama) serta tidak boleh ditukar tarikh atau kategori umur, kecuali dalam keadaan tertentu yang diluluskan atas budi bicara mutlak pihak Pengurusan.

4. Pembelian tiket bagi hari/tarikh yang sama dalam waktu operasi (8.00 pagi hingga 7.00 malam) adalah tertakluk kepada caj tambahan.

5. Tiket hanya sah untuk tarikh dan kategori umur seperti berikut:

  • Dewasa – 13 tahun dan ke atas
  • Kanak-kanak – 4 hingga 12 tahun
  • Bayi – 3 tahun dan ke bawah

Sebarang penyalahgunaan atau maklumat tidak tepat berkaitan tiket, pihak Pengurusan berhak menolak kemasukan atau mewajibkan pembelian tiket baharu tanpa sebarang bayaran balik.

6. Penumpang hendaklah menyimpan tiket sebagai bukti pembelian dan mengemukakannya apabila diminta oleh pihak berkuasa.

7. Penumpang yang lewat tidak dibenarkan menaiki bot, dan tiket akan terbatal tanpa sebarang bayaran balik.

8. Semua penumpang diwajibkan mematuhi arahan keselamatan, termasuk memakai jaket keselamatan sepanjang perjalanan. Penumpang yang gagal mematuhi arahan boleh ditolak daripada menaiki bot tanpa bayaran balik.

9. Pihak Pengurusan tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kecederaan atau kematian, kecuali jika disebabkan oleh kecuaian atau salah laku sengaja pihak Pengurusan.

10. Penumpang hendaklah mematuhi sebarang arahan atau perubahan yang dikeluarkan oleh pihak Pengurusan. Pihak Pengurusan tidak bertanggungjawab atas sebarang kesulitan dan tiada pampasan akan diberikan.

11. Pihak Pengurusan berhak menghentikan atau menutupkan operasi jeti pada bila-bila masa. Tiket yang telah dibeli hanya sah untuk digunakan pada hari operasi seterusnya yang ditentukan oleh pihak Pengurusan.

12. Pihak Pengurusan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, pembatalan atau gangguan yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan seperti bencana alam, ribut, keadaan luar jangka, rusuhan, peraturan kerajaan atau kegagalan teknikal. Tiada bayaran balik atau pampasan akan diberikan.

13. Penumpang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap barang peribadi masing-masing. Pihak Pengurusan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kecurian atau kerosakan.

14. Penumpang yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada hendaklah memastikan diri mereka sesuai untuk melakukan perjalanan. Pihak Pengurusan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang insiden kesihatan atau kecederaan semasa perjalanan.

15. Penumpang hendaklah berkelakuan dengan baik dan teratur. Pihak Pengurusan berhak menolak atau menyingkirkan mana-mana penumpang yang mendatangkan risiko tanpa sebarang bayaran balik.

16. Sebarang cubaan untuk memalsukan, menjual semula atau menyalahgunakan tiket akan mengakibatkan tindakan undang-undang, penolakan menaiki bot dan pembatalan tiket.

17. Pihak Pengurusan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan berkaitan perkhidmatan atau barangan yang disediakan oleh pihak ketiga di jeti atau di atas bot.

18. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, liabiliti pihak Pengurusan adalah terhad kepada nilai harga tiket fi jeti sahaja dan tidak meliputi kerugian tidak langsung atau sampingan.

19. Penumpang hendaklah menanggung rugi dan melindungi pihak Pengurusan daripada sebarang tuntutan, kerugian atau kos yang timbul akibat tindakan atau pelanggaran terma oleh penumpang.

20. Pegawai yang diberi kuasa oleh pihak Pengurusan mempunyai kuasa penuh untuk menguatkuasakan terma ini dan mengeluarkan arahan bagi tujuan keselamatan dan operasi. Kegagalan mematuhi arahan boleh menyebabkan penolakan menaiki bot tanpa bayaran balik.

21. Pihak Pengurusan berhak untuk meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.

Dikeluarkan oleh:
Pengurusan Jeti DBKK
1 April 2026

1. All passengers are required to purchase a jetty fee ticket before boarding the boat. The Management reserves the right to deny boarding the boat to any passengers who fails to present a valid ticket.

2. All ticket bookings and payments must be made via the GoNet application.

3. Tickets purchased are non-cancellable, non-refundable, non-transferable, and cannot be changed in terms of date or age category, except under special circumstances as approved at the sole discretion of the Management.

4. Same-day ticket purchases during operating hours (8:00 AM to 7:00 PM) are subject to a surcharge.

5. Tickets are valid only for the date and age category stated as follows:

    • Adult – 13 years old and above
    • Child – 4 to 12 years old
    • Infant – 3 years old and below

In the event of any misrepresentation or misuse of the ticket, the Management reserves the right, at its sole discretion, to deny boarding or require the purchase of a new ticket without any refund.

6. Passengers must retain their tickets as proof of purchase and present them upon request by authorized personnel.

7. Late passengers will not be allowed to board, and tickets will be forfeited without any refund.

8. All passengers are required to comply with safety instructions, including wearing life jackets throughout during the journey. Any passenger who fails to follow safety instructions may be denied boarding at the discretion of the Management, and no refund will be issued.

9. The management shall not be held liable for any loss, damage, injury, or death occurring at the jetty or during the journey except where caused by the negligence or wilful misconduct of the Management.

10. Passengers must comply with any changes or instructions issued by the Management. The Management shall not be liable for any inconvenience, and no compensation shall be provided.

11. The management reserves the right to suspend or close jetty operations at any time. Tickets purchased will only be valid for use on the next available operating day as determined by the Management.

12. The management shall not be liable for any delays, cancellations, or disruptions caused by events beyond its control, including but not limited to natural disasters, storms, acts of God, civil unrest, government regulations, or technical failures. No refund or compensation shall be payable in such circumstances.

13. Passengers are solely responsible for their personal belongings. The management shall not be liable for loss, theft, or damage to any items brought on board, including any direct or consequential loss.

14. Passengers with pre-existing medical conditions, mobility limitations, or other health concerns must ensure they are fit to travel. The Management shall not be liable for any medical incidents, injuries or health-related issues occurring during the journey, and passengers undertake to travel at their own risk. 

15. Passengers must behave in a safe and orderly manner at all times. The Management reserves the right to refuse boarding or remove any passengers who poses a risk to themselves, others, or the boat, and no refund shall be provided.

16. Any attempt to tamper with, forge, resell, or fraudulently use tickets will result in legal action, refusal of boarding, and forfeiture of tickets.

17. The Management shall not be held liable and responsible for any claims, losses or damages arising from services or goods provided by third-party vendors at the jetty or on board, and passengers shall have no right to seek compensation from the Management in such cases.

18. To the fullest extent permitted by law, the Management shall not be held liable and responsible for any claims liability for any claims arising from the journey, including indirect, incidental, or consequential damages, and any liability shall be strictly limited to the jetty fee ticket purchase amount.

19. Passengers shall indemnify, defend and hold harmless the Management from and against any and all claims, damages, losses, or expenses, including legal fees, arising directly from their acts, omissions, or breach of these terms and condition stated herein.

20. Authorized personnel of the Management shall have full and absolute authority to enforce these terms and conditions and to issue any instructions deemed necessary for safety, security or operational purposes. Failure to comply may result in refusal of boarding or removal from the boat, without entitledment to any refund.

21. The management reserves the right to amend these terms and conditions at any time without prior notice.

Issued by:
DBKK Jetty Management
1 April 2026

 

1. 所有乘客在登船前必须购买码头费用票。管理方有权拒绝任何未能出示有效票据的乘客登船。

2. 所有票务预订及付款必须通过 GoNet 应用程序进行。

3. 已购买的票据一经售出,不能取消、不能退款、不能转让(不能更改姓名),且不能更改日期或年龄类别,除非在特殊情况下并经管理方全权酌情批准。

4. 在营运时间内(上午8时至晚上7时)购买当日票,须缴付附加费。

5. 票据仅适用于所注明的日期及年龄类别如下:

  • 成人:13岁及以上
  • 儿童:4岁至12岁
  • 婴儿:3岁及以下

如有任何虚报或滥用票据的情况,管理方有权拒绝登船或要求重新购买新票,且不予退款。

6. 乘客须妥善保管票据作为购买凭证,并在授权人员要求时出示。

7. 迟到乘客将不被允许登船,票据作废,恕不退款。

8. 所有乘客必须遵守安全指示,包括全程穿着救生衣。未遵守者,管理方有权拒绝其登船,且不予退款。

9. 除因管理方疏忽或故意不当行为所致外,管理方对在码头或航程中发生的任何损失、损坏、受伤或死亡概不负责。

10. 乘客须遵守管理方发出的任何指示或变更。管理方对任何不便概不负责,亦不提供任何赔偿。

11. 管理方有权在任何时间暂停或取消码头运作。已购票据仅可于管理方指定的下一个营运日使用。

12. 对于因不可抗力或超出管理方控制范围之因素(包括但不限于自然灾害、风暴、突发事件、社会动乱、政府规定或技术故障)所导致的延误、取消或中断,管理方概不负责,亦不提供退款或赔偿。

13. 乘客须自行负责其个人物品。管理方对任何遗失、被盗或损坏一概不负责。

14. 有既往健康问题或行动不便的乘客,应自行确认适合出行。航程中如发生任何健康或医疗问题,管理方概不负责。

15. 乘客须时刻保持良好行为及秩序。管理方有权拒绝或移除任何对自身、他人或船只构成风险的乘客,且不予退款。

16. 任何篡改、伪造、转售或不当使用票据的行为,将导致法律行动、拒绝登船及票据作废。

17. 对于第三方在码头或船上提供的服务或商品所引起的任何纠纷或损失,管理方概不负责,乘客不得向管理方索取赔偿。

18. 在法律允许范围内,管理方的责任仅限于码头费用票价金额,不包括任何间接、附带或衍生损失。

19. 乘客须就其行为、疏忽或违反本条款所引起的一切索赔、损失或费用(包括法律费用),对管理方作出赔偿并使其免受损害。

20. 管理方授权人员拥有全面权力执行本条款,并可为安全、保安或运营目的发出必要指示。未遵守者可被拒绝登船或被要求离船,且不享有任何退款权利。

21. 管理方保留随时修改本条款与条件之权利,恕不另行通知。

发出单位:
亚庇码头管理处

2026年4月1日